Mengenai Jarak Jatropha


Buah Jarak (Jatropha Curcas)

Seiring dengan perkembangan keperluan industri, permintaan bahan bakar minyak terus meningkat dengan harga minyak dunia yang turut meningkat. Justeru, pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mencari bahan bakar minyak alternatif dari tumbuh-tumbuhan dan telah menemui pokok Jarak (Jatropha Curcas) yang mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan.

 

Tanaman Jarak (Jatropha Curcas) mempunyai keistimewaan seperti berikut:

  1. Perolehan minyak, lebih kurang 33%;
  2. Amat sesuai di tanam di iklim tropika seperti Malaysia;
  3. Tumbuh dengan cepat, 6 bulan sudah mulai berbuah dan mengeluarkan hasil;
  4. Penjagaannya senang, tidak dirosak oleh serangga, ulat atau binatang ternakan;
  5. Pokok Jarak boleh hidup melebihi 45 tahun;
  6. Sebiji buah jarak mengandungi 2, 3 atau 4 biji benih yang akan diproses menjadi bio-diesel;
  7. Saiz pokok yang rendah dan rendang akan memudahkan proses memetik;
  8. Satu ekar tanah boleh ditanam sebanyak 800 pokok jarak. 1 batang anak pokok 10 inci berharga RM 2.50 di tapak semaian;
  9. Hasil pengeluaran dalam masa 3 tahun pertama lebih kurang 3.6 tan (buah) bagi setiap ekar setahun dan hasil tanaman jarak akan berganda selepas 3 tahun; dan
  10. Tempoh belian balik hasil tanaman oleh Bionas ialah 30 tahun dengan harga permulaan RM1.05/Kg atau RM1050/tan biji jarak hitam.


Buah kering dan biji yang dikopek kulit sedia untuk dijual


Kegunaan Pokok Jarak (Jatropha Curcas) :

Minyak dari buah Jatropha yang dimasak akan mengeluarkan minyak berwarna kuning yang beracun. Minyak yang dicampur dengan belerang ini boleh mengubati luka-luka ringan. Malah jika dititiskan di celah jari kaki dapat menghilangkan penyakit kutu air. Kulit buahnya pula menjadi pelawas untuk membuang air besar.
Rebusan air daun Jatropha dapat menyembuhkan penyakit demam dan Malaria. Daun ini juga turut menjadi makanan kepada ulat sutera. Daun ini akan gugur ke tanah dan lama-kelamaan menjadi sebati dengan tanah tanaman serta meningkatkan lagi kesuburan tanaman.
Kulit batangnya baik untuk disapukan pada bekas gigitan ular, salah urat atau terkehel. Selain itu, isi kayu Jatropha dapat menghilangkan putih lidah bayi dan membuang panas di dalam badan. Kulit kayu Jatropha pula menghasilkan pewarna fabrik warna biru gelap.
Akar Jatropha boleh menjadi julap dan jika dihancurkan boleh ditempel bagi mengubat penyakit reumatik.
Biji Jatropha adalah ramuan mujarab tradisional untuk mengubati sakit lutut, batuk-batuk, luka lecur, gonerea, lumpuh, bengkak-bengkak, sakit kuning, radang paru-paru, gatal-gatal, ulser dan ketumbuhan.
Selain mencuci luka getah ini dapat melegakan kesakitan gigi berlubang dan ulser mulut dengan beberapa titisan dan tidak boleh dimakan kerana beracun. Ia juga dapat merawat luka selepas berkhatan agar lebih cepat sembuh.
Hampas yang terhasil daripada pemprosesan minyak Jatropha boleh diguna semula sebagai baja kerana kaya dengan nitrogen fosforus dan postasium. Ia juga boleh menghindarkan perosak tanaman padi seperti siput gondang emas dan dll



Penerangan video projek tanaman Jarak Jatropha Bionas

klik di sini

Ciri-ciri Jarak


Biji Jarak Jatropha boleh menghasilkan biodiesel & gliserol
 

Perbandingan Karakteristik Jarak Jatropha Bio-fuel dan Minyak Diesel:

Parameter
Diesel
Jatropha Bio-fuel
Tenaga (MJ/kg)    42.6 – 45 39.6 – 41.8
Ketumpatan (g/ml)  0.85 0.88
Takat didih (˚C) 55 192
Sulfur (%) 0.5 0
Mendapan Karbon (%) <0.35 0.024
Nilai Cetane 47.8 51

KESIMPULAN : Dibanding Diesel, minyak Jarak Jatropha memiliki angka Cetane lebih baik, kandungan tenaga hampir sama dan tanpa kandungan sulfur.

Hasil dari beberapa demonstrasi dan ujian secara praktikal menggunakan kenderaan dan mesin-mesin Diesel telah membuktikan bahawa Jarak bio-fuel lebih berkualiti, akselerasi meningkat dan pencemaran berkurangan.