Sidang akhbar - Pengumuman minyak 'Bionas Jatropha Nano-Emulsion B20 Biofuel' bagi Diesel dan Petrol dan 17 produk lain berasaskan biji Jarak.

 

Zamboanga City, Philippines, 07 Oktober 2009 - Satu sidang akhbar yang dihadiri oleh pihak TV ABS-CBN dan TV11 serta surat khabar Zamboanga Star, Zamboanga Times dan Zamboanga Today telah diadakan di pejabat Bionas di Zamboanga City. Demonstrasi sebenar penghasilan minyak 'Jatropha Emulsified B20 Biofuel' bagi Diesel dan Petrol telah dibuat oleh En. Ruslee Hussein, Head of Facility and Technical Operations, Bionas.