Kuala Lumpur, 10 Disember 2009 - Satu sidang akhbar yang dihadiri oleh pihak surat khabar Sinar Harian telah diadakan di Hotel Regency, Kuala Lumpur dalam Majlis Menandatangi Perjanjian di antara BIONAS dan ELSBETT Technologie GmbH, Jerman. Jalinan usahasama ini bagi membolehkan ELSBETT mengiktiraf dan menggunakan kepakaran mereka menjalankan pelbagai ujian ke atas teknologi terbaru Bionas iaitu 'Jatropha B20 Emulsified Biofuel' yang membolehkan air dicampur ke dalam minyak Diesel, Petrol dan Canola (Rapeseed Oil). Seterusnya, syarikat usahasama kedua belah pihak akan memasarkan produk-produk tersebut di Jerman dan negara-negara Eropah.