Petani diseru usaha pokok 'Jarak Jatropha'

Melaka Hari Ini , 19 Okt 2007

DURIAN TUNGGAL, 18 Okt. : Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan (DUN) Ma­chap Lai Meng Chong, me­nyeru rakyat Melaka supaya merebut peluang mengusa­hakan tanaman pokok  'Jarak Jatropha' yang memberi pulangan hasil yang me­muaskan.

Katanya, tanaman po­kok Jarak Jatropha ini holeh menghasil bio-diesel dan merupakan salah satu agenda negara bagi meningkat­kan ekonomi rakyat dalam bidang pertanian.

"Saya berbangga kerana pihak BIONAS dan ENSANCITI telah memulakan pro­jek ini di Melaka khususnya di Durian Tunggal dijadikan tapak semaian anak-anak pokok tersebut," katanya ke­pada Melaka Hari lni (MHI) semasa merasmikan Majlis Penerangan Projek Tana­man Jarak Jatropha Cureas, di Dewan SJK@Sin Wah, di sini, hari ini.

Menurutnya, proses pe­nanaman, penjagaan dan memetik buah Jarak Jatropha adalah mudah den me­reka akan diberi tunjuk ajar dan khidmat nasihat oleh pihak BIONAS supaya mendapat hasil yang diharapkan.

Beliau yang juga Tim­balan Pengerusi Jawatan kuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, mem­beritahu bahawa pihak BATC  Development Bhd dan BIONAS Sdn. Bhd akan me­nyediakan skim pembiayaan penanaman iaitu anak-anak pokok tersebut disediakan oleh pihak berkenaan.

 

Menurutnya, pokok jarak (berasal dari India) mula berbuah pada bulan ke enam dan akan hidup sehingga lebih 45 tahun dan pokok ini boleh ditanam selang-seli dengan tanaman lain pada jarak' 7 kaki antara satu dengan lain.

Katanya, pihak BIO­NAS melalui Pusat Pungu­tan Hasil akan membeli buah pokok jarak, di mana para. penguasaha dikatakan
berpeluang menerima hasil antara RM800 hingga RM­1,500 sebulan setiap sehek­tar iaitu bermula pada tahun kedua selepas ditanam.
Tamhah beliau bahawa pihak BIONAS akan mem­buka pusat operasi di Durian Tunggal untuk memberi ke­mudahan kepada para peta­ni atau pengusaha ladang pokok jarak itu.

Beliau yakin bahawa projek ini akan membuka peluang besar kepada rakyat negeri ini untuk memper­tingkatkan ekonomi keluar­ga dengan jaminan penda­patan tetap pada setiap bu­lan.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Kumpulan, BATC Development Bhd dan BIO­NAS Sdn. Bhd. Mohd Safiie M.Jaffri, Pengarah EHSAN­CITI Sdn.Bhd Tye Tong Fatt dan para pemimpin tem­patan dan orang ramai.

Hakcipta Terpelihara © 2007
BATC Development Bhd